Selitar Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat WPKL&P
Pendaftaran pada awal pagi…
Booth Titisan Emas..kunjungan untuk ‘sembang-sembang susu ibu’!!
Forum…
Menarik forum ini!
‘Fashion Show’ Fesyen ibu menyusu dan ibu hamil..
Syukur, berakhir sudah Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat WPKL & P. Jutaan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan kepada semua ibu bapa hebat yang hadir dan meraikan acara-acara sehingga ke hujungnya. Dari acara pelancaran Titisan Emas, penyampaian anugerah, menggendong bayi, forum, sehingga ke pertunjukan fesyen.
Terima kasih juga atas kerjasama pihak Malaysian Babywearers atas komitmen yang diberikan. Turut diraikan rakan kumpulan sokongan Titisan Emas iaitu Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC).
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada para peserta booth yang comel dan menarik belaka
Terima kasih atas tajaan yang diberikan.
Mewakili pihak urusetia, kami memohon maaf atas segala kelemahan yang ada sepanjang majlis dijalankan. Semoga kita dapat bertemu lagi pada majlis-majlis akan datang, semestinya susu ibu adalah pilihan terbaik!