Kursus ‘Monitoring of the International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes (Code Watchers)

Pada 21 hingga 23 Ogos 2014, WABA dengan kerjasama BIB Malaysia telah mengadakan Kursus ‘Monitoring of the International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes (Code Watchers)’ . Kursus yang dikendalikan oleh PPBM telah dihadiri oleh pelbagai wakil Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu termasuk Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Kuala Lumpur & Putrajaya ( Titisan Emas ) .

Sepertimana yang kita tahu, susu ibu merupakan makanan yang terbaik bagi bayi di mana ia mengandungi semua keperluan untuk tumbesaran bayi yang optima. Namun, kerakusan pengilang produk makanan bayi yang menghasilkan produk susu formula bayi serta promosi produk gantian susu ibu tersebut boleh menggugat kepercayaan ibu untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Pemasaran yang agresif digunakan oleh industri formula untuk mempengaruhi ibu-ibu. Iklan yang mengelirukan, pemberian sampel percuma dan hadiah serta edaran pelbagai risalah dan kenyataan kajian kepada profesional kesihatan yang menunjukkan susu gantian adalah “lebih baik atau hampir sama dengan susu ibu” didapati menggugat amalan penyusuan susu ibu.

Berdasarkan keadaan ini, pelaksanaan Tata Etika amat diperlukan bagi melindungi, menyokong serta mempromosikan amalan penyusuan susu ibu.

Kod Etika ini merangkumi panduan amalan etika dan pemberian maklumat berkaitan produk-produk yang tersenarai iaitu:-

1. Rumusan Bayi (bagi bayi 0-12 bulan).

2. Rumusan Susulan (bagi bayi berumur 6 bulan hingga 3 tahun).

3. Rumusan Khas (Rumusan bayi bagi bayi yang mempunyai keperluan diet spesifik atas sebab-sebab perubatan).

4. Makanan bayi lain yang dipasarkan untuk bayi berumur di bawah enam bulan.

5. Botol susu, puting susu dan puting kosong.

Sehubungan dengan itu, Titisan Emas bukan sahaja mempromosikan penyusuan susu ibu malah akan melangkah setapak lagi dalam usaha melindungi penyusuan susu ibu berdasarkan Kod Etika yang telah disediakan oleh Bahagian Nutrisi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh yang demikian, satu garis panduan akan dibincangkan untuk untuk dikongsikan bagi menyokong aktiviti melindungi penyusuan susu ibu di Malaysia.

capture-20140903-141516

Sekitar Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat WPKL&P

Selitar Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat WPKL&P

pendaftaran

Pendaftaran pada awal pagi…

sekitar

booth

Booth Titisan Emas..kunjungan untuk ‘sembang-sembang susu ibu’!!

forum

Forum…

forum2

Menarik forum ini!

fashion show

‘Fashion Show’ Fesyen ibu menyusu dan ibu hamil..

fashionshow2

fashion5

Pelancaran Titisan Emas

Majlis pelancaran Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah selamat berlangsung di dalam Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat WPKL&P ..TITISAN EMAS

Berikut adalah di antara gambar ketika majlis pelancaran…

pelancaran mula

pelancarannnn 

pelancaran 

pelancarann

Alhamdulillah…